Balik dari Giant tadi, papa dia nak mandikan Aisyra. Macam biasa
sebelum masuk bilik air, papa dia ajar baca doa masuk bilik air. Papa
dia pun mula membaca 'bismillahirrahmanirrahim...' belum masuk doa lagi,
Aisyra pun mengaminkan dengan meraup mukanya. Haha tergelak kami
Dari semalam kami perasan, banyak yang dia dah tiru. Semalam ada
seekor kucing ni, dia nak masuk dalam rumah. Terus saya cakap 'pish
pish'. Kucing tu pun keluar. Saya pun buat kerja lain. Dalam 2 minit
selepas tu, saya terdengar Aisyra cakap 'pish pish'. Terus saya
terpandang dia. Rupanya dia sedang suruh kucing keluar. Haha. Sangat
cepat meniru mamanya ni. Risau pula kalau terbagi contoh yang buruk
Kelmarin pula, dia tengah minum susu. Saya pula macam biasa balas
balas sms customers. Duk ghalik ghalik sms, terdengar dia sebut 'bis
bis'. Rupanya susu dia dah habis. Terkejut juga sebab dia dah makin
banyak guna perkataan. Seronok pun ada! Kelmarin juga asyik duk cakap
'pe tu ma, pe tu ma'. Maksud dia 'apa itu mama? Apa itu mama? Ha? Mana
dia belajar ni? Hihi
Tadi masa nak tidur, sibuk duk cakap 'apa ni. Apa ni' sebab saya
selalu tegur dia kalau dia buat benda x elok, saya cakap ' apa ni. Apa
ni'. Seronok sangat dia dah pandai cakap
Mungkin ada anak kawan kawan dah lama pandai bercakap. Saya sendiri
pun mula bercakap sejak 10 bulan. Tapi ni mungkin ikut genetic papa
dia kot lambat cakap hahah
Ok mulai sekarang, kami kena tunjukkan contoh yang baik dan cakap yang
baik baik depan Aisyra, malah di mana sahaja. Semoga dia dapat menjadi
anak yang baik, hebat, bertanggungjawab, amanah, jujur, bijak, cantik,
tegas, cekap dan semua sifat mahmudah. Aamiin!
--------------------------------------------
Jadikan Minyak Kelapa DaraAyu peneman bayi anda - elakkan ruam - 014 291 4693
--------------------------------------------
How to withdraw money from craps sites - drmcd
ReplyDeleteWhen it 대구광역 출장마사지 comes to the casino and everything related to it, it's a bit hard 화성 출장샵 to decide which casino you 안양 출장마사지 want to play. For starters, it's 나주 출장샵 best to try a 대전광역 출장샵 slot