Kalau nak turunkan berat badan, cuba lipat baju masa anak x tidur lagi. Boleh berpeluh sebab kena jaga kain yang berjaya dilipat tu
Dalam umur 14 bulan ni memangla tersangat aktif. Tu pun nasib baik perempuan. Orang kata anak lelaki lagila aktif. Boleh bayangkan kepenatan kawan kawan yang ada anak lelaki
Sakni minta papa dia jagakan sebelum dia kacau balik baju baju yang dah dilipat. Alhamdulillah berjaya. Dia x berjaya kacau kain kain tu, dia main pula dengan bakul kain. Hmm mainlah asal happy hehe!
Nasib baik ada papa dia tolong jaga ^_^
No comments:
Post a Comment