Monday, February 24, 2014

Minyak Kelapa Dara Mempunyai Banyak Kebaikan Untuk Ibu Mengandung Dan Menyusukan

Tahukah anda bahawa minyak kelapa dara mempunyai banyak kebaikan untuk
ibu mengandung juga bagi ibu yang menyusukan? Kajian menunjukkan
apabila minyak kelapa dara dijadikan sebagai sebahagian daripada
pemakanan, kandungan lauric acid dalam susu ibu akan bertambah sekitar
tiga kali ganda, manakala kandungan capric acid akan bertambah sekitar
dua kali ganda. Disamping itu anak yang disusukan oleh ibu-ibu yang
mengambil minyak kelapa dara dalam makanan, juga akan mendapat khasiat
tambahan , kerana 'saturated fat' yang merupakan 'medium chain fatty
acid' (mcfa) dalam minyak kelapa dara mudah dihadamkam dan ditukar
kepada tenaga, disamping kemampuannya mengaktifkan atau melancarkan
sistem metabolisma, mampu menyokong sistem imunasi tubuh dan teruji
dalam mengatasi masalah thyroid.

No comments:

Post a Comment