Sejak melahirkan anak, badan agak sukar untuk turun. Tapi mungkin juga dipengaruhi oleh kurang aktiviti fizikal sejak berhenti kerja cikgu dulu.
Dulu naik turun tangga, dalam kelaa kena berjalan untuk pantau students, berjalan ke pejabat, ke kantin ke dewan. Dan berjalan dari kelas ke kelas
Ingat zaman belajar di mrsm yt besut dan mrsm kuala terengganu, berat dalam 55kg. Memang nampak bulat pipi. Masuk ja matrikulasi pahang, jadi 47kg sebab masa tu kena jimat rm. Rasa sangat ringan badan masa tu
Bila masuk upsi naik ke 48kg sebab dah ada duit ptptn untuk belanja makan. Dan berat tu maintain sampai sebelum mengandung.
Sekarang dah angka 5 balik dan sedang berusaha untuk dapatkan 48kg balik. Insya Allah akhir bulan feb ini. Aamiin!!
No comments:
Post a Comment