Monday, February 10, 2014

Berangan Menjadi Cleaner Sekolah

Saya baru ja siap kemas laman rumah. Akibat bosan, terasa ingin menanam sesuatu dalam pasu pasu yang ada. Kemas kemas rupanya dah lama saya abaikan pokok pokok sampai ada yg kering dan mati

Masa duk kemas kemas laman, teringat pula kenangan masa jadi cikgu dulu terpandang kakak kakak cleaner duk makan bawah pokok sambil sembang dan gelak. Alangkah happynya mereka sedangkan masa tu kepala saya duk terfikir2 cara mengajar yang lebih baik supaya pelajar bukan sahaja happy malah seronok belajar

Masa tu saya terfikir, bestnya hidup mereka. Kerja sapu sapu bangunan sekolah. Cuci bilik guru, bilik2 khas dan jika ada kerja tambahan kena cuci barang2 lama kat sekolah.

Bila habia kerja, makan makan dan balik rumah. Lepas tu masa bersama famili

Sedangkan masa tu cikgu2 bertungkus lumus siapkan rancangan mengajar untuk esok, tanda buku2 pelajar, tanda paper exam, siapkan fail fail pbs, mengajar, meeting, fail fail koko dan waktu waktu koko yang mana cikgu2 perlu jadi tentera ke polis ke doktor ke ustazah ke

Memang x dinafikan kenapa dulu senang turunkan berat badan. Banyak benda perlu diselesaikan dalam masa yang singkat.

Sehingga kadang2 saya seperti tidak mempunyai kehidupan sendiri. Terkira2 umur pencen 60 tahun, masa tu mungkin hanya hidup beberapa tahun saja lagi atau sudah tidak ada di bumi sedangkan masa masa yang ada sekarang saya tidak gunakan untuk diri sendiri

Teringin hidup tenang tanpa tekanan dan bergelak seperti kakak kakak cleaner. Bahagianya! Xperlu lagi bawak fail fail balik rumah untuk disiapkan

Maka satu hari, saya sudah tidak mahu berfikir lebih lama, setelah rasa no life, terus saya bangkit dari kerusi bilik guru menuju ke bilik pengetua dan akhirnya saya ucapkan ayat 'puan, saya nak berhenti'

Alhamdulillah sudah hampir 2 tahun saya tinggalkan dunia pendidikan. 31 Julai 2012 semuanya berakhir. Dan sekarang kerja saya hanyalah menjaga anak tercinta, perniagaan online dan sedikit pelaburan yang boleh bantu saya membayar loan serta berbelanja malah lebih daripada zaman bekerja.

Setiap masa anak ada bersama saya. Sebab saya mahu gunakan masa yang ada untuk perkara yang penting untuk saya.

- Safra Yusoff -

No comments:

Post a Comment