Saturday, January 4, 2014

Merawat Ruam Lampin

Anda boleh merawat ruam lampin dengan sendiri. Ruam itu akan hilang
selepas tiga atau empat hari dan tidak akan terlalu mengganggukan bayi
anda.

Beginilah caranya untuk merawat ruam lampin.

1. Pastikan bayi anda bersih dan kering dengan selalu menukar
lampinnya. Cuba lakukan ini sebaik saja dia basah atau telah
mengotorkan lampinnya.

2. Cuci punggung bayi anda. Anda boleh melakukan ini dengan
menggunakan sabun tanpa minyak wangi dan tisu sapuan bayi (periksa
label) atau sabun lembut mengandungi pelembap. Bilas punggung bayi
dengan air biasa dan sapu kulit sampai kering.

3. Berikan bayi anda masa seberapa banyak yang mungkin untuk tidak
memakai lampin supaya mempercepatkan pemulihan. Letakkan dia atas
tuala dalam bilik yang selesa panas.
Jika bayi anda agak sudah besar, letakkan dia dalam bilik yang
mempunyai lantai yang senang dicuci. Jika cuaca tidak begitu panas,
anda boleh membawanya ke luar.

4. Sapukan sedikit krim pengadang atau salap sebelum memakaikan lampin
bersih. Jangan sapukan krim terlalu tebal. Cuma gunakan sedikit sahaja
dan sapukan sampai meresap dan kulit bayi boleh kelihatan, tidak
tertutup. Krim itu menyediakan lapisan pengadang antara kulit bayi
anda dan sebarang air kencing atau najis yang ada

5. Sapu minyak kelapa dara di bahagian pelipat bayi anda setiap kali
menukar lampin



---------------------------------
Elakkan Ruam Lampin Bayi
---------------------------------

Sapu setiap kali menukar lampin di bahagian celah peha dan punggung bayi

order -->> sms VCOS ke 014 291 4693

No comments:

Post a Comment